Thursday, September 30, 2010

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat berfokuskan kepada naluri semulajadi,juga satu perihal persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, krusus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbentukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya.Tujuannya ialah untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu:

1) Kepekaan terhadap masalah yang timbul
2) Pemerolehan dan penyesunan maklumat
3) Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
4) Pengembangan konsep yang berkenaan

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

No comments:

Post a Comment