1) Kepekaan terhadap masalah yang timbul
2) Pemerolehan dan penyesunan maklumat
3) Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai
4) Pengembangan konsep yang berkenaan
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.