- Ekspositori
Ø Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.
Ø Guru berperanan sebagai penyampai maklumat atau isi kandungan pelajaran secara lansung kepada murid-murid dalam bilik darjah.
Ø Berasaskan cara penyampaian pengajaran guru melalui kaedah-kaedah penerangan, bercerita dan demonstrasi.
Ø Guru akan memberi penerangan terlebih dahulu. Murid-murid mendengar dengan teliti sehingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi-isi penting dalam buku latihan mereka.
Ø Guru boleh menggunakan pengajaran ini untuk mengajarkan konsep, fakta, hokum, prinsip atau teorem-teorem matematik.
Ø Contoh pengajaran guru :
i. merancang menginterpretasikan serta menghurai idea-idea dan konsep dalam buku teks.
ii. Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara dan melukis dan membina bentuk-bentuk geometri.
iii. Menerangkan langkah-langkah p[enyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.
iv. Menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
2. Inkuiri
Ø Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.
Ø Pendekatan ini berasaskan konsep penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah logikal dan sistematik.
Ø Inkuiri didefinisikan sebagai satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal.
Ø Langkah-langkah dalam pendekatan inkuiri adalah seperti berikut :
i. murid dapat menyenaraikan satu masalah pembelajaran.
ii. Membentuk satu hipotesis mengenai masalah pembelajaran tersebut.
iii. Mengumpul data dari pelbagai sumber eloktronik dan bukan elektronik.
iv. Menilai semula bukti mengenai masalh tersebut secara terperinci.
v. Membentuk satu kesimpulan terhadap masalah pembelajaran tersebut.
vi. Pendekatan ini bertujuan untuk menoloong murid-murid untuk membuat penaakulan supaya mereka menjadi lebih cekap dalam menanya soalan, membina konsep, membuat hipotesis serta menilainya.