Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College untuk Perempuan (1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee bermula pada tahun 1969. Gagne juga memegang jawatan sebagai pengarah penyelidikan untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado.
Gagne juga terkenal dengan lapan jenis fasa pemprosesan maklumat di dalam teori ini antaranya ialah fasa motivasi,fasa tanggapan,fasa penyimpanan,fasa penahanan,fasa mengingat kembali,fasa generalisasi,fasa pretasi dan fasa maklum balas.